Friday, October 1, 2010

Sedikit hadis

"Barang siapa yang memberi contoh kebaikan dalam Islam,maka baginya pahala tersebut dan pahala orang yang melakukan kebaikan setelahnya,tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun"

(HR Muslim)

Thursday, September 23, 2010

Sabda rasulullah.

Tidak ada seorang pun yang amal boleh memasukkannya ke dalam syurga,tidak pula menjauhkannya dari neraka,begitu pula bagi saya,kecuali rahmat dari Allah."(sabda rasulullah s.a.w)

Friday, August 6, 2010

Abah ana...

Abah ana bersama Dr.Lolo...Abah adalah Pengarah Urusan di
Kemilau Publika Sdn Bhd (penerbit buku Islam).Kemilau Publika juga banyak menerbit buku-buku Tok Guru Nik Abdul Aziz.Semua gambar buku-buku yang di bawah ini adalah terbitan Kemilau Publika,dan banyak lagi....!! lawati: www.kemilau.com.my

7wanita...


Pesan agama menyebut betapa wanita adalah perhiasan dunia. Dan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Bagaimana pun, catatan sejarah peradaban dunia merakamkan pelbagaiwajahwanita yang telah meninggalkan kesan tersendiri kepada kehidupan manusia.

Tuesday, July 13, 2010

Hidup Sekali,Manfaat Selamanya.


Setiap jiwa akan merasakan kematian.Dan Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan(yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.

(surah al-anbiya:ayat 35)

Belajar Dari Perang Khandaq


Percubaan Menembusi Parit

Rasulullah saw dan kaum Muslimin tetap berada di Madinah, sedangkan pihak musuh terus mengepung mereka. Namun perang tidak meletus. Beberapa tentera berkuda Quraisy, antaranya Amr bin Abdu Wudd, Ikrimah bin Abu Jahal daripada Bani Makhzum, Hubairah bin AbuWahb daripa da Bani Makhzum, dan Dhirar bin Khathab bin Mirdas saudara Bani Muharits bin Fihr bersiap-sedia untuk berperang dan keluar dengan menunggang kuda. Ketika berjalan melewati kampung-kampung Bani Kinanah, mereka berkata, “Wahai Bani Kinanah, bersedialah kalian untuk berperang. Pada hari ini kalian akan tahu siapa sesungguhnya pasukan berkuda itu.”

Selesai berkata begitu, orang Quraisy tersebut berlari kencang dengan kuda-kuda mereka hingga tiba di tepi parit. Ketika melihat parit, mereka berkata, “Demi Allah, ini tipu muslihat yang tidak pernah dibuat oleh orang Arab.”

Saturday, July 10, 2010

bercuti...

Ana dah lama tak datang sekolah.Ana rindu kat kawan2.Rinduuu nak masuk class blajar dengan kawan2.Insyaallah,kalau ana dah sihat,nanti ana balik asrama.Doakan ana sihat ye kawan2.Amiin...

Thursday, July 8, 2010

Bertambah sihat...alhamdulillah!

Kesihatan dari Allah, maka mohonlah pada Allah dengan sesungguhnya. Pasti Allah memberi, kerna Allah maha memberi.

Wednesday, June 30, 2010

Sesungguhnya...

"Sesungguhnya ALLAH berfirman pada hari kiamat kelak, “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku." (Sahih Muslim)